Monday, July 7, 2008

Antara Suka,Cinta dan Kasih Sayang...........

Entah kali ke berapa hati ini bagai menyeru-nyeru namanya.Entah kali ke
berapa pula mata ini bagai terbayang-bayang akan wajahnya.Apa pula
perasaan yang menyerang ini ?
Gelisah mula mengintai,mencari-cari sebuah pengertian.Apakah maknanya
perasaan pelik ini ?Hari yang dilalui bagaikan suram,namun kala wajahnya
bertandang.Tanpa dapat dikawal,ada senyuman yang tiba-tiba terukir di bibir.
Inikah maknanya jatuh cinta ?Setiap kali apabila perasaan senang terhadap
seseorang menyapa,pasti akan ada reaksi asing yang unik sebegini.Itulah
tandanya hatimu sudah mula tersentuh dengan kehadiran si dia.Namun,usah
terlalu asyik dibuai perasaan sehingga kamu alpa terhadap perasaanmu
kepadanya.Sememangnya,menyintai tidak bermakna kamu menyayangi dan
meminati pula tidak bermakna pula kamu mampu menyukainya.Jadi apa
sebenarnya makna istilah-istilah ini ?
Jatuh Cinta atau Jatuh Suka ?
Kamu bayangkan situasi ini,ketika kamu sedang beratur untuk membeli
makanan di kafeteria,tiba-tiba kamu terpandang si gadis atau jejaka yang
pada pandanganmu begitu menarik.Saat matamu tertancap kepadanya,
kebetulan pula si dia turut memandangmu,maka bergantilah senyuman dan
tidak semena-mena pula kamu bagai terasa satu perasaan aneh mula
menyelinap ke dalam hatimu dan nah kamu mulai angau pada si dia.
Sebolehnya,setiap hari kamu akan cubauntuk bertembung dengannya,
biarpun tidak dapat melihat wajah,dapat melihat kelas dan tempat duduknya
juga sudah memadai.Janji dapat merawat jiwamu yang semakin tidak keruan.
Jika kamu pernah mengalami situasi seperti ini.Sahlah kamu sebenarnya sudah
jatuh suka kepadanya.Namum,jatuh suka tidak boleh diertikan dengan jatuh
cinta.Ini memandangkan apabila kamu mulai tertarik pada seseorang,tidak
bermakna kamu boleh menjalinkan hubungan yang rapat dengannya.Sesetengahnya
hanya tertarik kepada personaliti atau kesempurnaan yang ada pada individu yang
diminatinya.Mungkin kamu tertarik kepadanya atas daya tarikannya seperti
kelakar,gentalmam,lemah-lembut dan sebagainya.Namun,apabila hubungan
mula berkembang dan mula menjalinkan hubungan lebih mesra,ternyata
mereka tidak mampu untuk sehaluan.
Antara Cinta dan Kasih Sayang
Pernahkah saat terjaga dari lena yang panjang,perkara pertama yang terlintas
dimindamu hanyalah namanya ?Pernahkah terjadi padamu,saat kamu indah di buai
mimpi wajahnya tiba-tiba muncul menemani ?Biarpun si dia tiada di sisi,hanya
dengan menyebut namanya sahaja,sudah menjadi terapi paling mujarab meredakan
keresahan dan kerinduan yang menggunung terhadapnya.Apakah erti perasaan itu
sebenarnya ?Adakah itu yang dikatakan cinta ?Andai itulah persoalan yang berlegar
di kepalamu,pasti jawapannya adalah ya !
Cinta adalah apabila kamu sentiasa mengharapkan si dia dapat menjadi
milikmu,biarpun perasaanmu itu tidak berbalas.Acap kali pula kamu
membayangkan si ida akan sentiasa berada di sisi dan semahunya kamu akan
sentiasa mengelak dari menyakit hatinya.Malahan,segalanya tentang si dia adalah
terbaik padamu,tidak kira sama ada gaya personaliti,tutur bicara atau buah fikiran-
nya sekalipun,akan sentiasa menjadi daya penarik yang membahagiakan untuk
di kenang.
Namun,usah silap pula membuat perhitungan bila membandingkan antara
cinta dan kasih sayang.Biarpun mengakui mencintai si dia sepenuh hati.Tidak
bermakna kamu dapat berkongsi segala perasaanmu itu dengannya.Biasanya
cinta lebih dirujuk sebagai perasaan yang lahir dari hatimu impak dari daya
tarikannya yang menarik perhatianmu.Bermakna ia lebih cenderung berasaskan
tarikan fizikal.Itulah bezanya cinta dan kasih sayang.
Kasih sayang lebih telus dan murni perasaannya,apabila kamu benar-benar
mengasihi,kamu akan menelan segala kekurangan yang ada.Kamu akan sedaya
upaya membantu apa saja apabila si dia berdepan dengan masalah.Perasaanmu
bukan lagi bersandarkan kepada material dan rupa paras lagi,tetapi lebih kepada
perkongsian emosi dan rasa tanggungjawab yang mula wujud di hati.Itulah
yang membezakan antara cinta dan sayang.Seseorang itu mampu menyayangi
dengan penuh ketelusan biarpun orang yang disayangi itu serba kekurangan.
Namun,usah sesekali mengkhianati perasaan hati kamu kerana akibatnya,
hanya kamu yang sengsara,bukan orang lain.Salah satu cabaran paling sukar dalam
hidup ialah mencari orang yang tahu segala kelemahan dan kekurangan diri kamu,
tetapi dia masih sanggup menyayangi dan mencintai kamu sepenuh hatinya.Tetapi
ingatlah bahawa tanpa minat,dan cinta kita tidak akan mengasihi dan menyayangi
seseorang itu…….

No comments: