Misterinya cinta, mampu meninggalkan kesan mendalam terhadap jiwa yang bernyawa.
Pepatah Inggeris berbunyi "Hiduplah dengan cinta! tapi bukan bererti sanggup menghambakan diri pada cinta buta. Kita yang dapat mencintai akan hidup dengan lebih baik, iaitu dengan mencintailah sekelilingmu, baik yanag ada diluarmu atau didalam dirimu. Hanya dengan menghalusi makna pepatah ini sahaja sudah mampu membayangkan erti dan pentingnya rasa cinta yang perlua ada pada setiap insan didunia untuk hidup lebih harmoni dan bahagia. Namun bukan bermakna harus menabur perasaan membabi buta dan tanpa usul periksa.
1. KEKUATAN BERFIKIR
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu dekati akan membantu kamu mengenali dia, insan yang benar-benar tepat dan sesuai denganmu.
2. KEKUATAN MENGHORMATI
Kamu tidak akan mampu mencintai seseorang itu seandainya kamu tidak mampu untuk menghormati mereka. Orang pertama sepatutnya kamu hormati adalah diri sendiri. Lantaran itu, bagi memulai usaha menghormati diri sendiri, kamu perlu bertanya pada diri sendiri "apa sebenarnya yang aku hormati pada diriku?". Malah bagi mendapat rasa hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak sukai, kamu perlu bertanya pada diri sendiri, "apa yang aku hormati dalam diri mereka?".
3. KEKUATAN DARI SENTUHAN
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan penyatuan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita akan lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi Agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.
4. KEKUATAN UNTUK MEMBERI
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak cinta yang kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk mencipta hubungan yang ceria, penuh cinta dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?" dan bukan "Apa yang akan aku dapat?".
5. KEKUATAN PERSAHABATAN
Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. cinta bukan beerti mata kalian saling berpandangan, tetapi lebih beerti bersama-sama melihat ke satu tujuan Untuk mencintai seseorang utuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Sekiranya kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu perlu mencipta persahabatan terlebih dahulu.
6. KEKUATAN UNTUK MELEPASKAN
"Jika kemu mencintai seseorang,bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu yang sebenar. Jika tidak, maka dia tidak akan berpatah balik jadi milikmu". Itu adalah kata-kata dari pujangga. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai beerti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego. seperti kata-kata ini"hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat menmpengaruhi ku, hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku esok.
7. KEKUATAN DALAM KOMUNIKASI
Mencintai seseorang beerti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan takut untuk mengucapkan 3 Kata magik: "Aku Cinta Kamu". Jangan melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata-kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
8. KEKUATAN DARI KOMITMEN
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang melimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Ketika kamu terikat komitmen kepada seseorang , berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur dengan hubungan yang kuat.
9. KEKUATAN SEMANGAT
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarikan fizikal tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah dimasa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta.
10.KEKUATAN DARI RASA PERCAYA
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam sesuatau hubungan. Tenpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas dan takut. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya. Bersikaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. salah satu cara untuk mengetahui adakah seseorang itu benar-benar untuk kamu, tanyalah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati??" jika jawapannya adalah "tidak" maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelaum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
No comments:
Post a Comment