Wednesday, June 25, 2008

Jejak-jejak dadah

Dadah bukan ubat kuat…

Penyalahgunaan dadah sejak akhir-akhir ini semakin marak,baik di kalangan
anak-anak muda mahupun orang tua.Banyak alasan mengapa sebahagian orang
menggunakan bahan terlarang ini dan menganggapnya sebagai salah satu gaya
hidup moden.Boleh jadi juga disebabkan pengaruh teman-teman dan sebagai pelarian
dari suatu masalah.
Apa yang lebih teruk lagi,ramai yang beranggapan bahawa mengambil dadah
sebelum melakukan hubungan seksual boleh menambah kemampuan dan kekuatan,
sehingga kita sering mendengar adanya pesta dadah yang kemudiannya dilanjutkan
dengan pesta seks.Hinggakan ada suatu tanggapan yang mengatakan dunia pelacuran
kurang 'umphh' tanpa dadah !
Sebenarnya ini adalah satu tipu daya,jika ada yang mengatakan bahawa
dadah dapat meningkatkan kemampuan dan kenikmatan seks.Pandangan ini hanya
dipakai oleh para pengedar dadah untuk merayu pembeli,kerana sekali mencuba
dadah,mereka akan ketagihan dan terus ketagihan.
Mengambil dadah bukannya akan menambah kekuatan,sebaliknya akan
menimbulkan masalah dan meninggalkan kesan buruk terhadap fungsi seksual.Semua
ini adalah kerana menggunakan barangan haram ini,dan ia bergantung dari jenis
dadah yang digunakan.Dadah terdiri drpd pelbagai jenis dan memiliki pengaruh
tersendiri terhadap tubuh dan jiwa pemakainya.Diantaranya :

* Heroin
Pada lelaki akan terjadinya penurunan kadar hormon testosteron,menurunnya ghairah seksual,'disfungsi ereksi' dan kelewatan 'ejakulasi'.Manakala perempuan pula, menurunnya dorongan seksual,kegagalan orgasma,ketidakteraturan menstruasi,gangguan kesuburan dan mengecilnya payaudara.Masalah seksual tersebut muncul kerana pengaruh heroin yang menghalang fungsi hormon seks.
* Marijuana
Bahan yang dihisap seperti rokok ini memiliki kandungan tar yang jauh lebih tinggi drpd rokok,sehinggakan lelaki mengambilnya boleh menyebabkan ukuran testisnya mengecil serta menurunnya kadar hormon testosteron.Selain itu,ia juga akan mengakitbatkan pembesaran payudara,dorongan seksual menurun,'disfungsi ereksi' dan gangguan sperma.Sementara itu,bagi perempuan pula ia akan mempengaruhi gangguan proses kelahiran di samping dorongan seksual yang menurun.
* Ecstasy
Ecstacy dapat meningkatkan pelepasan 'Neurotransmitter Dopamine' di dalam otak. Dopamine' merupakan 'Neurotransmitter' yang bersifat merangsang,termasuk perilaku seksual.Jadi peningkatan 'Dopamine' akibat pengaruh ecstasy ia boleh menyebabkan hilangnya kemampuan untuk mengawal perilaku seksual,iaitu melakukan activiti seksual yang tidak mungkin dilakukan dalam keadaan normal.

* Depresi
Depresi atau lebih dikenali sebagai ubat penenang akan mengganggu metabolisme hormon testosteron jika digunakan secara berlebihan,yang mengakibatkan penurunan dorongan seksual dan 'disfungsi ereksi' pada lelaki.Manakala bagi perempuan pula ia akan mengganggu menstruasi dan juga menurunnya dorongan seksual.

Kesimpulan ;
Jika ada orang yang mengaku fungsi seksualnya menjadi lebih baik setelah
mengambil dadah,itu hanya disebabkan oleh pengaruh negatif dadah kerana setelah
mengambil dadah,misalnya ecstasy.Dia mengaku,akan berasa lebih segar dan
merasakan fungsi seksualnya menjadi lebih baik sehingga tidak takut untuk
melakukan hubungan seksual yang berisiko tinggi.Pada hal yang terjadi itu sebenarnya
adalah proses gangguan fungsi seksual dan peranakan.
Anggapan dadah dapat meningkatkan fungsi seksual harus diperbetulkan.
Ia bukan kekuatan,sebaliknya hanyalah kekecewaan.Namun,biar apa pun alasannya,
jauhi barangan haram tersebut jika kamu tidak mahu menyesal di kemudian hari.
So,SAY NO TO DRUG !

Mengapa ambil dadah ?

1. Kerana ingin tahu.Pada peringkat awal,seseorang yang bakal menjadi penagih ini biasanya hanya sekadar ingin mencuba sesuatu dadah.Sifat ketagihan kesan dari pengambilan dadah.Sifat ketagihan kesan dari pengambilan dadah menyebabkan seseorang itu terus mengabil dadah.
2. Tekanan dari rakan-rakan supaya mencuba.
3. Kejahilan atau menerima penerangan yang silap tentang bahaya akibat dari penggunaan dadah.
4. Kurang kemampuan untuk menghadapi kekecewaan dan kehampaan.
5. Akibat keadaan peribadi yang kucar-kacir.
6. Akibat keadaan latar belakang kehidupan yang mengecewakan ( keruntuhan rumah tangga ;kematian ibu atau bapa ;mempunyai bapa yang pemabuk dan sebagainya ).
7. Ingin melegakan kekusutan fikiran dan penderitaan.
8. Neurosis ( fikiran yang tidak tenteram ).
9. Untuk mengelak dari kenyataan hidup.Golongan ini terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ;
a ) Golongan miskin yang ingin melarikan diri dari masalah kebendaan.
b ) Golongan kaki yang ingin melarikan diri dari masalah emosi.

No comments: