Wednesday, June 25, 2008

"Soulmate" antara mitos & realiti

Bertemu dengan 'kekasih impian' atau soulmate semestinya menjadi
harapan setiap insan bercinta.Bukan sahaja hidup akan terasa lebih mudah,
malah lebih indah untuk dijalani.Hmmm…Namun benarkah 'soulmate' itu
wujud atau ia hanya mitos semata-mata ?Dan andainya ia wujud bagaimana
untuk mengenalinya ?Sehingga ke hari ini masih belum diterima tentang
definisi soulmate.Tapi ada pendapat yang mengatakan soulmate adalah
apabila kita bertemu dengan seseorang yang mempunyai cara berfikir dan
berperasaan sama seperti kita.
Selain itu,dia juga begitu terbuka menerima segala kekurangan kamu.Oleh kerana
itulah dalam mencari soulmate,tidak boleh hanya berdasarkan wajah atau bentuk
tubuh,kekayaannya,status sosial,pendidikan atau keturunan semata-mata.Andainya
kamu mencari soulmate berdasarkan ukuran-ukuran tersebut,kamu mungkin sukar
untuk menemuinya langsung.
Kamu mungkin sering bertanya-tanya,adakah kamu akan bertemu dengan soulmate
atau tidak ?Mungkin untuk menjawab persoalan ini secara tepat,ianya agak sukar
namun cuba kamu ubah persoalan tersebut menjadi,sudahkah kamu mempunyai
ciri-ciri untuk menjadi soulmate bagi orang lain ?Pada dasarnya jika kamu sudah
boleh memberikan cinta tanpa syarat dan boleh menyingkirkan ego untuk menerima
pasangan dengan segala kelebihan dan kekurangannya,bererti kamu adalah berjaya
menjadi salah seorang soulmate yang diimpikan.Ha, ini juga akan lebih memudahkan
kamu untuk bertemu dengan soulmatemu sendiri.Selain itu,berikut ialah 5 perkara
penting yang harus kamu tahu tentang soulmate iaitu :

1 Soulmate adalah seseorang yang kamu tidak pernah sangka
Boleh jadi orang yang kamu kenal rapat atau seseorang yang begitu
jauh berbeza usia dengan kamu ataupun mungkin orang itu kamu telah
anggap tidak pernah sesuai dengan kamu.

2 Belum tentu akan bertemu
Biarpun kamu begitu berharap akan bertemu
dan dengan soulmate,namun kamu harus percaya pada ketentuan
tuhan.Bukan semua orang bertuah dapat bertemu dengan soulmatenya.

3 Soulmate juga boleh datang dan pergi
Biarpun telah bertemu dengan soulmate,ini bukan bererti kamu boleh terus berpeluk tubuh.
Kamu masih perlu terus berusaha agar hubungan sentiasa baik.Jangan
kerana kamu fikir dia adalah soulmate dan begitu menyayangi
kamu.Kamu ambil jalan mudah biarkan sahaja hubungan kamu dan dia
berlangsung tanpa terus disemai dan disemarakkan.Tidak mustahil soulmate
boleh datang dan juga pergi....

4 Seseorang yang selama ini dekat dengan kamu
Soulmate bukannya seseorang yang muncul dengan tiba-tiba seperti yang kamu tonton
di filem.Jadi tidak mustahil dia adalah orang yang selama ini ada di sekitar kamu tanpa
kamu sedari.Oleh itu,cuba kamu fikir-fikirkan siapa yang terlalu dekat dengan kamu
dan kamu rasakan ada chemistry antara kamu berdua.Mungkin dialah orang yang
kamu cari!!!!

5 Tidak semestinya sama
Soulmate biasanya mempunyai sifat yang berbeza dengan kamu.Biarpun begitu ia tidak
pernah jadi masalah pada kamu berdua untuk menjalin hubugan.Malah perbezaan itu menjadikan kamu dan dia saling melengkapi antara satu sama dan lain.Jadi jangan fikir
soulmate dan kamu perlu jadi kembar semuanya ya.....


Madah Cinta

Akan tiba saatnya di mana kamu akan berhenti mencintai seseorang,bukan kerana orang itu berhenti mencintai kamu,tetapi kerana kamu menyedari
orang itu akan lebih berbahagia apabila kamu melepaskannya.....

No comments: