Thursday, November 6, 2008

Kucing-Kucing Kesayanganku

TAHUKAH ANDA??
Kucing adalah satu-satunya haiwan yang berjalan di atas kuku mereka dan bukan telapak kakinya.

















Wednesday, October 8, 2008

Koleksi Tazkirah Terbaru ( Bil 42 - Bil 44 )

TAZKIRAH BIL. 42
SYAWAL: BAGAIMANA KITA?

“Apa dan bagaimana selepas Ramadhan?”, persoalan berat yang mengulang datang. “Kembali kepada diri sebelumnya?”, kebarangkalian yang amat meletihkan. Timbul bibit sesal. “Mampukah untuk terus berlaku baik dan terus menerus menambah baik?”, pertanyaan yang berat untuk dipertimbangkan. Segalanya menjadi bahan renungan selepas kita meninggalkan Ramadhan. Persoalannya adalah Istiqamah atau konsisten untuk kekal baik dan lebih baik.

Memang pelik, manusia berbondong-bondong mengejar solat SUNAT Tarawih di Masjid, tetapi lengah terhadap solat FARDHU yang WAJIB sepanjang masa. Pelik benar, Ramadhan diisi dengan al-Quran, 11 bulan yang lain, al-Quran ditinggalkan. Janggal benar, Ramadhan menutup aurat, bulan-bulan yang lain macam berubah hukum, berubah Tuhan… justeru asing sekali, puasa sudah puasa, tetapi SOLAT belum-belum juga!

Itulah kusutnya persoalan ISTIQAMAH dan KONSISTEN. “Apa yang telah menjadikan engkau tua beruban?”, tanya sahabat kepada baginda SAW. “Aku telah diubankan (dituakan) oleh Surah Hud…”, kata Baginda SAW dalam sepotong hadith yang direkod dari Ibn Abbas Radhiyallahu ‘anhuma. Itulah beban surah Hud, surah yang memperkatakan tentang istiqamah, bahawa setelah HATI DISENTUH IMAN, HIDUP BERSAMA IMAN DAN AKHIRNYA MATI DENGAN IMAN.

Ilmuan Islam yang terkenal, Prof Dr Yusuf al Qaradawi dalam khutbahnya menegaskan: “Barangsiapa yang beribadah kerana Ramadhan, sesungguhnya Ramadhan sudah berlalu. Barangsiapa yang beribadah kerana Allah, sesungguhnya Allah hidup selamanya dan tidak akan mati”. Bahkan para ilmuwan juga menyeru: “Jadilah kamu Rabbaniyyin (konsisten dalam mentaati Allah) dan janganlah kamu menjadi Ramadhaniyyin (hanya mentaati Allah dalam bulan Ramadhan)”.

Sebagai renungan, para sahabat bertanya kepada Rasulullah SAW: “Apakah amalan yang paling disukai Allah?” Lantas Baginda menjawab: “Amalan yang dilakukan secara konsisten walaupun sedikit” (riwayat al Bukhari). Justeru, amalan yang terbaik bukanlah amalan yang dilakukan secara banyak tetapi bermusim, tetapi amalan yang walaupun sederhana daripada sudut kuantitinya tetapi dilaksanakan secara konsisten!

***************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 43
7 YANG BERTUAH

Rasulullah SAW bersabda: “Ada TUJUH golongan yang akan dilindungi Allah dengan lindungan Arasynya pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan dari Allah SWT:
1. Pemimpin yang adil, 2. Pemuda yang meningkat dewasa dalam beribadah kepada Allah, 3. Seseorang yang hatinya cinta kepada Masjid, 4. Dua orang sahabat yang berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah; 5. Seseorang yang bersedekah tanpa menghebohkan sedekahnya, sehinggakan (seperti) tangan kiri tidak mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanan;
6. Seorang lelaki yang digoda oleh wanita yang cantik dan kaya, tetapi ia menolak sambil berkata: ”aku takut kepada Allah”;
7. Seseorang yang bangun di tengah malam untuk mengingati (beribadah) Allah, sambil mengalir air matanya.” (Hadith riwayat Muslim) Hadith di atas menceritakan 7 golongan yang dikasihi Allah dan bakal mendapat perlindungan dari Allah di Padang Mahsyar kelak. Ranking yang paling atas adalah para pemimpin yang adil dan accountable, seterusnya pemuda atau pemudi yang meningkat dewasa dan terus konsisten dalam beribadah kepada Allah, diikuti oleh seseorang yang sentiasa menjaga solat jamaahnya di masjid. Begitu juga dengan persahabatan yang dibina kerana Allah dan bukan kerana kepentingan-kepentingan lain seperti kekayaan dan keturunan dan sebagainya. Seterusnya seorang yang ikhlas dalam bersedekah sehingga diberikan kiasan tangan kiri tidak mengetahui perbuatan tangan kanan. Seterusnya lelaki ataupun wanita yang kuat menahan godaan walaupun daripada wanita atau lelaki yang kaya dan cantik/tampan. Golongan terakhir adalah seseorang yang sentiasa mengalirkan air mata taubat dalam setiap munajatnya di malam hari.
Sekiranya kita melihat kepada ketujuh-tujuh golongan tersebut, kita akan melihat adanya ciri sepunya yang dimiliki setiap golongan tersebut iaitulah TAQWA. Taqwa adalah root-cause yang mengangkat martabat ketujuh-tujuh golongan tersebut sehingga melayakkan mereka mendapat perlindungan daripada kedahsyatan suasana apabila seluruh manusia akan dihakimi segala tidak tanduk mereka di Padang Mahsyar kelak.
Apakah kita telah tergolong at least dalam salah satu daripada golongan tersebut? Syukur, kita masih belum terlambat untuk memperkasakan empayar taqwa dalam diri masing-masing. Sesungguhnya, sebaik-baik bekal adalah bekal taqwa!

***************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 44
IKHLAS DAN TEPAT


Allah SWT berfirman: “Dan (Dialah) yang menciptakan kematian dan kehidupan sebagai UJIAN untuk mengetahui siapakah yang paling BAIK amalannya” (Surah al Mulk: 67: 2)

Bagi seorang Muslim, kehidupan ini umpama sebuah peperiksaan dan penilaian. Soalan-soalan dalam peperiksaan ini adalah segala tanggungjawab dan amanah yang perlu dilaksanakan dalam kehidupan. Tanggungjawab ini termasuklah tanggungjawab terhadap diri, keluarga (kepada ibu bapa, adik beradik, isteri dan anak-anak), masyarakat dan Negara.

Sebagaimana yang disebutkan dalam ayat di atas, Allah SWT merangka ujian dan peperiksaan kepada hamba-hambaNYA untuk melihat siapakah yang paling baik ‘scoreband’ nya. Persoalannya, apakah skema dalam menentukan tinggi atau rendahnya markah yang diperolehi oleh seseorang itu dalam peperiksaan hidupnya???

Seorang ilmuan tersohor, Fudayl bin ‘Iyadh (ra) mentafsirkan bahawa setiap amalan itu akan dinilai daripada dua sudut:
1. NIATNYA; dan
2. KETEPATANNYA
NIAT: Seseorang yang cemerlang sentiasa mengikhlaskan niatnya dalam setiap perbuatan dan amalannya. Seseorang yang ikhlas tidak perlu memBODEK dan ‘ringan tulang’ hanya di hadapan majikan atau mertuanya semata-mata. Tetapi individu tersebut akan melaksanakan tanggungjawabnya biarpun tiada mata yang memandang. Motivasinya hanyalah satu; Mardhatillah (keredhaan Allah). Orang yang ikhlas adalah individu yang sentiasa melaksanakan yang terbaik, walaupun pujian dan sanjungan jarang diperolehinya. Baginya recognition dan promotion di sisi Allah adalah matlamat utama dalam hidupnya.

KETEPATAN: Kriteria seterusnya adalah menepati MANUAL HIDUP iaitu al Quran dan Sunnah. Dalam kehidupan seseorang yang cemerlang, ia bebas melakukan perkara yang disukai selagi tidak melanggar batasan yang diletakkan oleh Islam. Islam membenarkan perniagaan, hiburan, rekreasi, sukan, perkahwinan dan pelbagai lagi aktiviti yang digemari oleh manusia. Namun, kebenaran tersebut tidak bersifat mutlak. Islam memberikan pimpinan supaya perkara tersebut untuk mengelakkan kemudaratan dan kemusnahan kepada manusia. Ada yang bertanya: Mengapa babitkan Tuhan dalam urusan peribadi??? Orang sebegini sepatutnya bertanya kepada dirinya: Siapakah yang menciptakan diriku? Sebagai Muslim kita meyakini bahawa kita diciptakan oleh Allah sama seperti semua perkara yang wujud di alam ini. Mustahil semua wujud dengan sendirinya! Pastinya ada Kuasa yang Maha Agung yang menciptakan semuanya. Justeru kita meyakini segala hukum yang ditetapkan Allah pasti memberikan manfaat kepada kita kerana DIALAH yang menciptakan manusia. Sesungguhnya DIA yang lebih tahu!

Akhirnya, Pemeriksa ataupun Penilai kepada peperiksaan ini adalah Allah SWT. Dialah sebaik-baik Hakim dan Pemeriksa. PenilaianNya adalah sebaik-baik penilaian. Ganjaran dan hukuman adalah seadil-adil ganjaran dan hukuman. Malangnya, makhluk yang bernama manusia hanya berusaha untuk mendapat keputusan yang baik dalam penilaian biasa di dunia; Mereka lupa mereka sedang dinilai Allah!

***************************************************************************

Thursday, September 18, 2008

Cinta ubat,racun jiwa

Hakikatnya perasaan sayang perlu pengorbanan.....
Rasa cinta kepada seseorang adalah anugerah paling indah
drpd pencipta makhluk seluruh isi alam ini.Pernahkah anda
merasakan terlalu menyintai seseorang sehingga terasa indahnya
kehidupan ini ?Dalam percintaan,tiada sempadan untuk
menikmati perasaan itu.Baik cinta terhadap keluarga,terhadap
kekasih atau Allah,ia pasti menuntut pengorbanan.Barangkali
ada insan yg tidak pernah jatuh cinta dan tidak menikmati
nikmat indah di sebalik sebuah kata cinta?Bagi yg tidak
faham apa makna cinta,berikut persoalan dan kenyataan yg
mampu menjawab segalanya.

* Andai kata cinta itu sebuah pengorbanan,mengapa
pengorbanan itu bukan noktah sebuah cinta?Andai
kata derita itu harga sebuah cinta,mengapa cinta itu
semakin sukar dimiliki?Cinta seumpama kota kristal
indah pd penglihatan tetapi derita pd perasaan.

* Ada orang pd mulanya malu untuk jatuh cinta tetapi
apabila perasaan mnejadi rindu pdnya,tiba-tiba
perasaan malu itu menjadi hilang dgn sendirinya dan
terpaksa menerima kenyataan yg sebenarnya anda
telah jatuh cinta.

* Gerak geri memberi pengertian kepada perasaan
yg tidak terucap oleh kata-kata.

* Cinta yg disemadikan tidak mungkin layu selagi
adanya imbas kembali.Hati yg remuk kembali

kukuh selagi ketenangan dikecapi.Jiwa yg pasrah
bertukar haluan selagi esok masih ada.Parut yg
lama pasti sembuh selagi iman terselit di dada.

* Cinta yg datang dan umpama pelangi ceria dgn
tujuh warna memukau saat bayu berlagu riang,

ketika itulah cintanya hadir.Apabila mata terlihat
seseorang yg bakal mewarnai hidupnya.

* Cinta bukan paksaan.Ia lahir drpd dua perasaan.
Kehadirannya tidak diundang,perginya tiada yg
merelakan kerana ia terlalu sukar untuk dimengertikan.

* Persahabatan biasanya berakhir dgn percintaan
tetapi percintaan tidak pernah berakhir dgn

persahabatan.

* Cinta bukan mengajr kita lemah tetapi membangkitkan
kekuatan.Cinta bukan mengajar menghinakan tetapi
menghembuskan kegagahan.Cinta bukan melemahkan
semangat tetapi membangkitkan semangat.

* Apakah itu cinta?Cuba katakan…Tidak lain dan tidak
bukan ialah tidak dua jiwa dalam satu fikiran dan dua
hati dalam satu debaran.

* Cetusan cinta pertama adalah suatu getaran yg sangat
menggoncangkan jiwa.

* Kadangkala kita menyedari betapa dalamnya kita
menyintai seseorang pd saat kita sedang kehilangannya.
Kadangkala kita menyedari betap pemalunya cinta
seseorang pd saat kita amat memerlukannya.

* Cinta yg lahir drpd pandang pertama adalah cinta suci
manakala perasaan cinta yg lahir drpd kemesraan
persahabatan adalah cinta sejati.Namun,sukar
membezakan yg mana lebih abadi,cinta suci atau
cinta sejati.

Saturday, August 30, 2008

Koleksi Tazkirah ( Bil 31 - Bil 41 )

TAZKIRAH BIL. 31
JADILAH POHON YANG RENDANG


Allah SWT berfirman: “Perumpamaan sebuah kalimah tayyibah adalah seumpama pokok yang subur, akarnya mencengkam ke tanah, dan pucuk menggapai langit. Pokok ini sentiasa mengeluarkan buah pada setiap masa dengan izin daripada Tuhannya.” (Ibrahim: 14: 24-25)

Dalam firman di atas, Allah SWT memberikan sebuah analogi ataupun perumpamaan orang-orang yang beriman iaitu yang melafazkan kalimah Syahadah dan melaksanakan tuntutan-tuntutannya seumpama pohon rendang dan subur yang memiliki tiga ciri utama; akar yang kuat, pucuk yang tinggi melangit dan sentiasa mengeluarkan buah tanpa mengira musim.

Para ilmuan mengatakan bahawa akar adalah perbandingan kepada keimanan dan akidah seorang hamba kepada Penciptanya. Imanlah yang merupakan tonggak dan paksi kepada kehidupan seorang Muslim. Sebatang pokok, sekiranya akarnya terbantut atau tidak mampu menyerap jauh ke dalam tanah, maka keseluruhan pokok tersebut akan turut terbantut. Pokok yang mempunyai akar yang tidak kuat juga mudah rebah apabila dipikul ribut Begitu juga iman dalam hidup manusia. Kemuliaan dan ketinggian seorang insan bukan ada pada nama nama, paras rupa, kekayaan, warna kulit, keturunan dan sebagainya tetapi terletak kepada iman dan taqwanya kepada Allah. Manusia dengan iman tidak mudah rebah dan tumbang biarpun dalam suasana yang gawat.

Pucuk yang menggapai ke langit adalah perbandingan kepada amalan dan kebajikan yang dilakukan oleh setiap Muslim yang sentiasa diterima dan diberkati Allah. Seperti mana pucuk yang sentiasa bergerak mencari cahaya untuk tumbesaran pokok, setiap Muslim sejati akan sentiasa mencari keredhaan dan keberkatan sebagai motivasi utama dalam kehidupannya.

Sifat pokok yang sentiasa mengeluarkan buah dinisbahkan kepada sifat dan cirri seorang Muslim yang sentiasa memberikan manfaat dan kebaikan kepada sesiapa sahaja yang berada di sekitarnya. Sepertimana yang diungkapkan dalam kata-kata ulama’: “Seorang Mukmin seumpama seekor lebah, ia makan yang baik (madu) dan mengeluarkan juga yang baik (madu). Sekiranya lebah ini bertenggek pada ranting yang rapuh sekalipun, ranting tersebut tidak akan patah.” Seperti seekor lebah yang mengeluarkan sesuatu yang memberi manfaat kepada manusia iaitu madu dan tidak bersifat destruktif walaupun kepada ranting rapuh yang dihinggapinya, begitu juga dengan seorang Muslim. Sewajarnya seorang Muslim tidak menjadi parasit kepada organisasi dan masyarakat sebaliknya kitalah penggerak kepada kebaikan dan memberikan nilai tambah pada kebaikan yang sudah tersedia di manapun kita berada.

Satu persoalan yang perlu sama-sama kita fikirkan, apakah kita pada hari ini boleh dikiaskan dengan segala kualiti yang disebutkan tentang pohon yang rimbun tersebut? Kalau, YA, bersyukurlah dan tingkatkanlah; from good to great! Kalau belum atau separuh-separuh; janganlah kita berputus asa daripada rahmat Allah. Usahakan penambahbaikan bermula dengan meneguhkan akar kehidupan kita; IMAN!


*********************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 32
IKUTLAH RESMI PADI


Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya ada perasaan sombong walaupun sebesar biji sawi” (riwayat Muslim). Apabila para sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang maksud sombong, Baginda SAW menjelaskan: “Sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina manusia”.

Para Ilmuan pernah berkata: “Orang yang takabbur (sombong) seumpama seorang yang duduk di atas bukit. Ia melihat orang yang berada di bawah KECIL, dan orang yang berada di bawah juga melihatnya KECIL”. Kata-kata hikmah ini bermaksud orang yang sombong sentiasa melihat dirinya sentiasa lebih daripada orang lain bahkan memandang rendah kepada orang yang berada di sekitarnya. Namun, pada masa yang sama, orang yang berada di sekelilingnya juga benci dan meluat melihat gelagat ‘merak’nya.

Salah satu daripada kisah klasik untuk sama-sama kita teladani adalah kisah kapal yang dikatakan paling mahal dan paling selamat di dunia iaitu Titanic. Panjangnya berukuran 900 kaki dan beratnya 46000 tan. Pakar-pakar mengatakan “The Titanic was virtually unsinkable”. Bahkan para pakar juga menambah, kalaupun Titanic ditakdirkan karam, ia mengambil masa tidak kurang daripada dua hari! Bahasa-bahasa bongkak ini akhirnya ditelan begitu pahit kerana Titanic dalam pelayaran yang pertamanya pada April 1912 telah tenggelam dalam masa tiga jam dan mengorbankan kira-kira 1500 orang penumpang!

Merendah diri adalah lawan kepada sifat sombong. Merendah diri bukan bermaksud kita memperkecil kemampuan sendiri tetapi kita sentiasa bersyukur dengan segala kelebihan yang diberikan dan tidak memandang rendah dan menghina orang yang berada di sekeliling mereka. Kita harus percaya dan meyakini kemampuan diri dan berusaha meningkatkan kemampuan tersebut tetapi janganlah kita bersifat bebal apabila ditegur atau dikritik ataupun menghebahkan kelebihan diri secara ‘tak kena tempat’.

Orang yang sentiasa merendah diri umpama mengikut resmi padi; semakin berisi semakin tunduk. Mereka bukan sahaja dihormati tetapi juga disegani oleh kawan dan lawan (jika ada). Sama ada mereka berada di atas atau di bawah, mereka tetap dihormati. Penghormatan ini bukannnya kerana pangkat ataupun kedudukan, tetapi kerana kemuliaan diri yang menambat hati manusia.


*********************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 33
AL ISRA’ WAL MI’RAJ

Antara salah satu peristiwa besar yang berlaku pada bulan Rejab adalah peristiwa Al Isra wal Mi’raj. Kebanyakan para ilmuan mengatakan peristiwa Al Isra wal Mi’raj berlaku pada 27 Rejab. Allah SWT berfirman: “Maha Suci Dia (Allah) yang memperjalankan hambaNya (Nabi Muhammad) pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjid al Aqsa yang diberkati kawasan sekitarnya, untuk dipertontonkan bukti-bukti kebesaran Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat” (surah al Isra’: 1)

Al Isra’ bermaksud perjalanan Rasulullah daripada Masjid al Haram di Mekah ke Masjid al Aqsa di Palestin pada hanya sebahagian malam. Al Mi’raj pula bermaksud perjalanan Rasulullah dari Masjid al Aqsa menuju ke Sidrat al Muntaha (melepasi lapisan langit ketujuh) dan menerima kefardhuan solat daripada Allah SWT.

Peristiwa Al Isra wal Mi’raj adalah peristiwa yang luar biasa dan tiada manusia yang mampu merencana perjalanan sehebat peristiwa ini. Justeru itulah Allah SWT memulakan ayat ini dengan memuji DIRINYA yang tidak terbanding dengan mana-mana kekuasaan dan kebijaksanaan yang lain.

Antara pengajaran utama daripada peristiwa Al Isra wal Mi’raj adalah seperti berikut:
1. Keutamaan Solat
Allah SWT mewahyukan kewajiban solat secara langsung kepada Rasulullah SAW tanpa melalui sebarang perantaraan dalam peristiwa Al Isra wal Mi’raj. Pada asalnya manusia diperintahkan untuk menunaikan solat 50 waktu sehari semalam. Walaubagaimanapun perintah tersebut dikurangkan sehingga hanya 5 waktu sehari semalam sebagaimana yang kita laksanakan pada hari ini. Rasulullah mengatakan sesiapa yang mengerjakan solat 5 waktu sehari sebagaimana yang diperintahkan, akan mendapat ganjaran seolah-olah mengerjakan 50 waktu sehari semalam (hadith riwayat al Bukhari). Para Ilmuan Islam mengatakan bahawa “Solat adalah mi’raj bagi seorang Mukmin (orang beriman)”. Solat juga menjadi pembeza di antara iman dan kufur.

2. Kemuliaan Masjid al Haram dan Masjid al Aqsa
Dalam ayat yang disebutkan di atas, disebutkan dua masjid secara jelas iaitu Masjidil Haram di Mekah dan Masjid al Aqsa di Palestin. Masjid al Aqsa merupakan kiblat pertama umat Islam sebelum dipindahkan ke Mekah. Bahkan Masjid al Aqsa dan Baitul Maqdis adalah tanah suci umat Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah. Masjid al Aqsa juga merupakan masjid yang kedua tertua selepas Masjidil Haram iaitu dibina 40 tahun selepas pembinaan Masjidil Haram di Mekah (Hadith riwayat al Bukhari). Malangnya pada hari ini, Masjid al Aqsa menjadi saksi kepada jenayah kemanusiaan yang paling buruk dalam sejarah dunia dan tidak ada mahkamah di atas dunia ini yang boleh menjatuhkan hukuman kepada Regim Israel yang merampas tanah dan menyembelih Umat Islam dan sebahagian penganut Kristian dan Yahudi di Palestin.

3. Hikmah di sebalik ujian
Peristiwa bersejarah ini berlaku selepas Rasulullah SAW mengalami tahun yang penuh dukacita. Baginda kehilangan isteri yang tercinta, Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib hampir serentak. Tambah memilukan kedatangan Baginda ke Taif (sebuah negeri di luar Mekah) bukan sekadar tidak disambut tetapi Baginda dilemparkan batu oleh pemuda-pemuda upahan sehingga baginda luka parah. Walaubagaimanapun Baginda terus berdoa agar Allah member hidayah kepada penduduk Taif biarpun mereka menyakiti Baginda. Segala dukacita Baginda diubati dengan anugerah yang Maha Besar; perjalanan ke langit untuk bertemu dengan Tuhannya! Peristiwa ini mengingatkan kita bahawa betapa kesusahan pun yang kita alami dalam hidup, kesusahan itu tidak akan berpanjangan, bahkan kesenangan dan kebahagiaan pasti dinikmati andai kita sentiasa sabar dan bijak mengurus segala cabaran yang mendatang serta bertawakkal kepada Allah.


*********************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 34
CONTROL MARAH!


Dalam satu laporan yang disiarkan dalam Philipine Daily Inquirer pada 3 Oktober 1995 menyebutkan tentang kisah yang berlaku kepada seorang suami yang bernama Ricardo de la Garcia. Suami yang baran ini kerana terlalu marahkan isterinya telah bertindak membakar rumahnya yang terletak di salah sebuah perkampungan miskin di Manila. Bukan sahaja rumahnya terbakar hangus kerana perbuatannya malahan 70 rumah yang berhampiran turut hangus dan musnah berpunca daripada kebakaran rumahnya. Ternyata kemarahannya bukan sahaja tidak berbaloi tetapi menyebabkan kesengsaraan berpuluh-puluh keluarga miskin yang lain.

Rasulullah SAW bersabda: “Manusia yang gagah bukanlah manusia yang boleh mengalahkan lawannya, tetapi manusia yang dapat mengawal rasa marahnya.”. Bahkan dalam hadith yang lain, Baginda mengulangi pesanan yang ringkas tetapi bermakna: “Jangan kamu marah, jangan kamu marah, jangan kamu marah!”

Manusia sememangnya tidak dapat lari daripada pelbagai emosi; gembira, lucu, sedih, marah dan sebagainya. Bahkan wujud pelbagai sifat ini adalah bukti Maha Hebatnya Allah menciptakan manusia dengan pelbagai emosi yang secara langsung mempengaruhi tindak tanduk manusia. Tidak salah kita meluahkan emosi masing-masing tetapi emosi tersebut hendaklah disalurkan dengan bijak dan tidak mendatangkan ‘back-fire’ kepada diri kita sendiri.

Kita mengukur jantan diri dan hebat berjuang kalau kita pandai mengamuk. Tetapi Baginda SAW mengajar bahawa yang gagah itu ialah pada upaya mengawal diri, khususnya ketika marah. Manusia dalam keadaan marah, nafsunya menguasai akalnya; emosional bukan rasional. Di sinilah keputusan-keputusan yang diambil selalunya berakhir dengan penyesalan. Waktu mengamuk, memang terasa HERO, tapi bila dah terlajak, semuanya ZERO. Bukankah ajaran Islam itu indah, orang yang gagah itu adalah orang yang punya ‘self-control’ yang mantap.

Bahkan Islam juga mengesyorkan cara-cara untuk mengawal marah; antaranya sekiranya kita tengah marah, segera mengambil wudhu’, mudah-mudahan air sembahyang itu dapat memadamkan api kemarahan yang marak. Pelbagai lagi cara-cara lain yang diajar oleh pakar-pakar kesihatan untuk mengawal dan mengendurkan perasaan marah. Hanya terpulang pada kita, sama ada mahu melaksanakan cara-cara tersebut atau tidak. Jangan cepat marah…


*********************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 35
AMANAH, KEJUJURAN DAN KEMERDEKAAN

Allah berfirman: “Sesungguhnya Kami mengemukakan amanah (kepimpinan) kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka semua enggan memikulnya lantaran beratnya amanah tersebut, sebaliknya amanah tersebut dipikul oleh manusia. Sesungguhnya manusia amat zalim dan jahil” (Surah al Ahzab: 72)

Ayat ini menjelaskan tentang amanah kepimpinan yang diserahkan kepada manusia untuk mengurus dan mentadbir alam ini berdasarkan MANUAL yang diturunkan oleh Allah kepada manusia iaitu al Quran dan Sunnah. Seterusnya manusia menggunakan fakulti akal masing-masing untuk memahami manual tersebut dan mengoperasikan manual itu dalam segenap aspek kehidupan. Sesungguhnya makhluk seperti gunung-ganang, langit dan bumi yang kelihatan amat gagah tidak sanggup untuk memikul amanah yang berat ini dan manusialah yang diberikan amanah sebagai khalifah di dunia ini dengan segala potensi yang dikurniakan kepada manusia.

Ilmuan Islam yang terkenal, Shaykh Muhammad Jamaluddin al Qasimi berpendapat: “Ayat ini bertujuan mengingatkan orang-orang yang beriman berkenaan dengan kepentingan berdisiplin dalam hidup supaya kejujuran dapat sentiasa dihayati biarpun kadangkala begitu perit dan payah”. Merujuk kepada tafsiran ini, manusia sebagai seorang khalifah di dunia ini perlu memiliki sifat-sifat terpuji, antaranya BERDISIPLIN dan JUJUR dalam melaksanakan amanah.

Abdullah bin Dinar meriwayatkan bahawa Khalifah Umar al Khattab pernah menguji seorang hamba yang menjaga ternakan majikannya. Khalifah Umar berkata: “Wahai pengembala, jualkanlah kepadaku seekor kambing dan katakanlah kepada tuanmu, kambing itu telah dibaham serigala”. Pengembala itu berkata: ”Bagaimana hendak aku sembunyikan semua ini dari Tuhan?” Khalifah Umar menangis apabila mendengar jawapan pemuda yang jujur tersebut dan terus membawanya kepada majikannya dan menebus hamba tersebut daripada majikannya. Khalifah Umar berkata kepada pemuda tersebut: “Kejujuranmu telah memerdekakan kamu di dunia. Semoga kejujuranmu akan memerdekakan kamu kelak di akhirat”.

KITA semua umpama HAMBA, dan TUANNYA adalah ALLAH. Berlaku jujurlah kepada diri sendiri dan kepada Tuan segala tuan. Moga kita benar-benar merdeka di dunia dan merdeka di akhirat.


*********************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 36
3 TAWARAN YANG LUMAYAN


Daripada Abu Hurayrah (ra) meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Barangsiapa menyempurnakan hajat seorang mukmin di dunia, maka Allah akan memenuhi hajatnya di Akhirat. Barangsiapa yang meringankan kesusahan saudaranya, Allah akan meringankan kesusahannya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menyimpan keaiban seorang Muslim, maka Allah akan melindungi keaibannya di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya pertolongan Allah ke atas sesiapa yang menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui Jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju ke Syurga” (riwayat Muslim).

Berdasarkan hadith di atas, dijanjikan ganjaran yang besar kepada amalan-amalan yang disebutkan seperti berikut:
1. Membantu saudara yang dalam kesusahan
Sebagaimana yang dinyatakan dalam hadith di atas, sesiapa yang menolong dan membantu saudaranya dalam keadaan kesempitan dan kesusahan, maka Allah akan melepaskannya daripada kesusahan di Akhirat. Sebenarnya kesusahan di dunia adalah terlalu kecil berbanding kesusahan kelak di Akhirat di mana manusia seolah-olah dalam keadaan mabuk, cemas dalam kedahsyatan di Padang Mahsyar (tempat perhimpunan). Bukankah beruntung sekiranya kita sentiasa membantu saudara atau sahabat handai walaupun berbeza agama dengan kemampuan yang dianugerahkan oleh Allah dan di Akhirat kelak kita akan dilepaskan daripada segala kesusahan oleh Allah, Pencipta seluruh alam?

2. Menutup keaiban saudara dan sahabat handai
Rasulullah SAW juga berpesan agar kita sentiasa menjaga air muka dan maruah saudara kita dengan menahan diri daripada menyebarkan tentang keburukan orang lain. Hakikatnya tiada manusia yang sempurna dan tiada siapa yang hidup di atas muka bumi ini yang suka cerita buruk tentang dirinya dijaja dan dihebahkan. Sekiranya kita menjaga keaiban saudara kita di dunia, Allah akan menjaga keaiban diri kita di dunia dan lebih penting, keaiban kita juga akan dilindungi oleh Allah ketika semua manusia dihimpunkan di Padang Mahsyar kelak. Fikir-fikirkanlah, walaupun menceritakan keburukan orang lain terasa begitu menyeronokkan, apakah kita mahu segala keburukan dan keaiban diri kita didedahkan sehabis-habisnya kelak di Akhirat???

3. Berterusan dalam menuntut ilmu
Islam sentiasa menganjurkan umatnya menuntut ilmu. Wahtu yang pertama diturunkan juga berkait tentang persoalan ilmu. Ilmulah yang yang menjadi asas kejayaan dan kemulian kita di dunia dan di Akhirat. Perbandingan orang yang berilmu kepada orang yang hanya beribadah tanpa ilmu seumpama perbandingan Rasulullah ke atas sahabat-sahabatNya (mafhum hadith sahih). Manusia yang bertambah ilmu, sentiasa terasa kerdil di hadapan penilaian Allah dan tidak akan puas untuk terus menambah ilmunya. Orang yang menuntut ilmu sentiasa didoakan kesejahteraannya oleh para malaikat dan makhluk Allah yang lain termasuklah ikan-ikan kecil di laut yang luas. Malang sungguh orang yang ‘kenyang’ dalam kejahilan.


********************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 37
MUHASABAH DI AMBANG MERDEKA KE 51

KEMERDEKAAN ditafsir daripada pelbagai perspektif dan disambut dengan bermacam-macam cara. Ramai yang mensyukuri nikmat kemerdekaan sebagai sebagai anugerah besar kurniaan Allah. Tak kurang pula yang hanya memahami kemerdekaan sebagai hari cuti umum untuk berehat melepaskan lelah selepas separuh mati berhibur dan menjerit “Merdeka!” selepas jam 12 tengah malam sebelumnya. Ramai juga yang hanya menganggap 31 Ogos adalah satu tarikh bersejarah tanpa menghayati sejarah yang terakam pada detik tersebut. Begitulah sebahagian daripada mafhum kemerdekaan yang ditafsir secara berbeza-beza dalam masyarakat kita.

Bagi seorang Muslim, makna kemerdekaan dapat dilihat dalam ucapan Ruba’ie bin ‘Amir, salah seorang panglima Islam di hadapan maharaja Rom di mana beliau berkata: “Kami (umat Islam) adalah satu umat yang diutuskan, untuk mengeluarkan manusia daripada daripada penyembahan sesama manusia kepada menyembah Allah; daripada kepercayaan-kepercayaan karut kepada keadilan Islam; daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan akhirat”. Ucapan ini dilafazkan dengan jelas dan tegas biarpun berdepan dengan raja yang memiliki empayar besar di Zaman itu.

Substance kepada ucapan tersebut adalah, seorang Muslim akan merasai nikmat kemerdekaan yang hakiki apabila kembali dan beramal dengan ajaran Islam secara menyeluruh. Ajaran Islam merangkumi persoalan ‘man to God activities’ dan ‘man to man activities’. Persoalan hubungan manusia dengan Allah meliputi persoalan ibadah seperti solat, puasa, zakat dan lain-lain manakala persoalan hubungan sesama manusia meliputi aspek kekeluargaan dan kemasyarakatan, ekonomi, pendidikan, urus tadbir negara, undang-undang dan aspek-aspek lain dalam kehidupan. Bukanlah sesuatu yang keterlaluan untuk mengatakan bahawa “Islam is the way of life”.

Sebagai analogi, syarikat pengeluar computer (contohnya ACER) akan mengeluarkan manual mengenai ciri dan fungsi computer keluarannya sebagai rujukan end user. End user pula akan merujuk kepada manual tersebut untuk mengetahui segala fungsi computer yang dibelinya itu bagi memastikan pemasangan dan penggunaan komputernya adalah optima. Begitulah Allah yang menciptakan manusia dan seluruh alam semesta ini telah menurunkan manual rujukan buat hamba-hambaNya iaitulah AL QURAN dan SUNNAH RASULULLAH untuk memandu kehidupan manusia. Malangnya manusia yang mengaku ‘bijak’ menolak manual tersebut dan menentukan rentak hidup berdasarkan citarasa sendiri; malang…

Sebagai renungan, Khalifah Umar al Khattab ketika berkhutbah apabila membuka Baytul Maqdis mengatakan: “Kita adalah satu umat yang dimuliakan dengan Islam. Barangsiapa yang mencari kemuliaan selain daripada kemuliaan yang telah dianugerahkan (Islam), kita akan menjadi hina”. Marilah kita syukuri nikmat kemerdekaan dengan cara yang mulia.

*********************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 38
AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN!


Bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa antara 12 bulan dalam kalendar Islam. Keistimewaan bulan ini bukanlah kerana hikayat sejarah tertentu, tetapi kerana Ramadhan adalah pakej lengkap untuk membangunkan seluruh potensi manusia; fizikal, spiritual, intelek dan emosi dan modul teras di dalam Ramadhan adalah PUASA. Para ilmuan Islam meletakkan berpuluh-puluh nama dan gelaran untuk bulan yang mulia ini untuk menunjukkan betapa saratnya Bulan ini dengan keistimewaan daripada Allah SWT.

Antara kelebihan yang terdapat pada bulan ini:
1. Difardhukan Puasa dan ibadah-ibadah khusus yang lain;
Puasa adalah ibadah teras dalam bulan Ramadhan. Puasa bukan sekadar ujian fizikal semata-mata daripada menahan lapar dan dahaga, tetapi puasa juga adalah ibadah yang memantapkan spiritual dan kerohanian seorang hamba kepada Penciptanya. Bahkan puasa mengandungi pelbagai khasiat dari sudut perubatan yang telah diperakui oleh pakar-pakar sains kesihatan. Bahkan Allah merahsiakan betapa besarnya ganjaran orang yang berpuasa sebagaimana yang tersebut di dalam hadith:

“Setiap amalan anak Adam (manusia), diberikan ganjaran antara 10 hingga 700 kali ganda kecuali puasa. Sesungguhnya puasa adalah untukKU dan Akulah yang akan mengganjarinya” (riwayat Muslim).

Selain puasa, kita juga dianugerahi dengan amalan dan ibadah yang hanya dikhususkan dalam Ramadhan iaitu SOLAT SUNAT TARAWIH dan ZAKAT FITRAH.

2. Dibukakan pintu rahmat dan tertutup pintu-pintu kehinaan;
Rasulullah SAW bersabda: “Apabila datangnya Ramadhan, dibukakan pintu-pintu Syurga, ditutup pintu-pintu Neraka dan dibelenggu Syaitan-syaitan” (riwayat Bukhari dan Muslim)

Daripada hadith ini bahkan daripada berpuluh hadith-hadith yang lain jelas menunjukkan betapa Ramadhan adalah bulan yang kondusif untuk melipatgandakan ibadah kepada Allah. Memang sekiranya diamati, kita dapat merasakan kelainan dalam melakukan ibadah dalam bulan yang istismewa ini.

3. Diturunkan Al Quran sebagai manual hidup manusia;
Wahyu pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW adalah pada 17 Ramadhan. Firman Allah: “Pada bulan Ramadhan diturunkan Al Quran sebagai petunjuk, dan keterangan daripada petunjuk serta pemisah (antara benar dan salah)” (Surah al Baqarah: 2: 185).

Al Quran adalah rujukan kepada hamba Allah yang beriman. Kandungan Al Quran sentiasa mendahului zamannya dan meliputi segenap aspek kehidupan manusia. Al Quran mengandungi hukum-hakam, sejarah umat terdahulu dan nilai-nilai hidup sebagai pedoman kepada manusia. Orang yang membaca dan memahami Al Quran sentiasa mendapat ketenangan dan inspirasi yang tidak putus-putus dalam hidupnya.

4. Laylatul Qadar (Malam Keutamaan/Kemuliaan) yang lebih baik dari seribu bulan
Firman Allah: “Laylatul Qadr adalah lebih baik daripada seribu bulan” (Surah al Qadr: 97: 3). Lailatul Qadr adalah salah satu malam dalam bulan Ramadhan. Tiada siapa yang mengetahui malam manakah berlakunya lailatul Qadr. Hikmahnya, supaya manusia berlumba-lumba dan berusaha untuk mengerjakan ibadah untuk mendapat ganjaran seolah-olah beribadah lebih daripada seribu bulan ataupun 83 tahun.

Akhirnya, marilah sama-sama kita merenung sebuah hadith Rasulullah SAW:
“Barang siapa yang dikurniakan Ramadhan sedangkan dosanya tetap tidak diampunkan, Sesungguhnya ia semakin jauh daripada rahmat Allah” (riwayat Ibn Hibban- Sahih)

*********************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 39
JANGAN LEPASKAN PELUANG!!!

Sememangnya Allah menjanjikan bermacam-macam ganjaran dan kelebihan untuk hamba-hambaNya yang beribadah secara tekun dan berkualiti. Dalam kerancakan beribadah di bulan yang mulia, ramai di antara umat Islam yang melupakan atau meninggalkan amalan-amalan tertentu samada kerana mereka tidak tahu ataupun kerana cuai dan lalai. Antara amalan-amalan yang berharga yang sering diambil mudah termasuklah perkara-perkara yang berikut:

1. Perbanyakkan doa sepanjang berpuasa terutamanya ketika berbuka
Salah satu keistimewaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada orang-orang yang berpuasa adalah dimakbulkan doa-doanya sekiranya dilakukan dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga golongan yang tidak ditolak doa mereka: Pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika hendak berbuka dan doa yang dizalimi” (Riwayat at Tirmizi- Sahih) dan dalam satu riwayat yang lain disebut: “orang yang berpuasa hinggalah berbuka”.

Berkaitan perkara ini, kita sering melihat ramai di kalangan kita yang melepaskan peluang berdoa ketika di ambang berbuka. Segala-galanya menjadi hiruk-pikuk sehinggakan terlepas detik mustajab untuk berdoa. Sebaiknya kita bersedia lebih awal dengan segala hidangan dan mengambil sedikit masa untuk beristighfar dan berdoa menjelang detik-detik akhir kita hendak berbuka. Sabda Rasulullah SAW: “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa itu tatkala waktu berbukanya, adalah waktu doa yang tidak ditolak” (Ibn Majah- Sahih)

2. Perbanyakkan sedekah
Pada bulan ini, janganlah lokek untuk bersedekah. Sebaiknya kita peruntukkan jumlah yang lebih berbanding jumlah sedekah kita pada bulan yang lain sekiranya mampu. Termasuk dalam amalan sedekah adalah menjamu sanak saudara, jiran tetangga ataupun orang yang kurang berkemampuan untuk berbuka. Pahalanya seperti yang disebutkan oleh Baginda SAW: “Barangsiapa yang memberikan juadah berbuka buat orang yang berpuasa maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu tanpa kurang sedikit pun" (al Tirmizi- sahih)

3. Sahur
Bersahur adalah amalan yang dituntut ketika berpuasa dan sebaik-baik bersahur adalah sahur yang dilewatkan iaitu kira-kira satu ke satu setengah jam sebelum azan subuh. Bersahur mempunyai keberkatan tersendiri sebagaiman yang disabdakan: "Bersahurlah kamu, kerana pada sahur itu ada barakahnya" (al Bukhari dan Muslim) Sebaiknya elakkan bersahur sebelum tidur pada waktu malam ataupun bangun bersahur dan terus tidur semula kerana ada kerugiannya.

4. Beribadah pada waktu sahur
Kerugian yang dimaksudkan adalah kita tertinggal saat keemasan untuk memperbanyakkan istighfar dan beribadah kepada Allah. Waktu kita bersahur termasuk dalam maksud sepertiga terakhir pada waktu malam yang sangat kondusif untuk melaksanakan ibadah nafilah (sunat). Firman Allah: “dan pada waktu sahur, mereka (mukmin) banyak memohon ampun” (Surah adz Zariyat: 51:18)

5. Bertarawih
Salah satu amalan khusus di dalam Ramadhan adalah solat sunat tarawih. Solat ini boleh didirikan sama ada sebanyak 8 atau 20 rakaat dan disudahi dengan 3 rakaat solat witir. Pakar perubatan mendapati, tarawih daripada sudut kesihatan boleh menyamai kalori yang dibakar apabila berjogging selama 20 min. Pahala pun dapat, badan pun sihat! Sabda Rasulullah SAW: “Barangsiapa yang mendirikan qiyam Ramadhan (termasuk Tarawih) dengan penuh keimanan dan mengharapkan semata-mata ganjaran daripada Allah, akan diampunkan segala dosanya yang lalu” (al Bukhari dan Muslim)

*********************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 40
CINTAILAH AL QURAN

Bulan Ramadhan adalah bulan al Quran. Dari sudut sejarah penurunan al Quran, para ilmuan menyebutkan bahawa al Quran diturunkan dalam dua peringkat. Peringkat pertama, al Quran diturunkan daripada Luh al Mahfuz iaitu di sisi Allah ke Baytul Izzah (langit dunia). Dalam peringkat ini al Quran diturunkan secara sekaligus pada malam laylatul qadr iaitu malam paling utama dalam salah satu malam di dalam Ramadhan. Peringkat yang kedua adalah dari Baytul Izzah kepada Rasulullah SAW melalui perantaraan Jibril (as) yang diturunkan secara beransur-ansur selama hampir 23 tahun. Wahyu pertama yang diturunkan adalah daripada surah al ‘Alaq ayat 1 hingga 5 dan disampaikan oleh Jibril kepada Baginda SAW pada 17 Ramadhan.

Dinyatakan melalui satu hadis sahih daripada Ibnu 'Abbas r.a yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari, "Jibril a.s menemuinya (Nabi s.a.w) pada setiap malam di bulan Ramadan hingga ia berlalu. Nabi s.a.w memperdengarkan bacaan al-Quran kepadanya." Inilah rutin yang dilakukan oleh Nabi s.a.w pada bulan Ramadan di mana baginda memeriksa bacaan serta hafalan di hadapan Jibril a.s.

Tanggungjawab seorang Muslim bukan sekadar membaca Al Quran tetapi perlu menghayati dan mengamalkan Al Quran sebagai rujukan dan pimpinan dalam hidup kita. Selain sebagai rujukan dan manual hidup kepada setiap Muslim, al Quran menawarkan perkara berikut kepada pencinta-pencintanya:

1. Pahala berlimpah
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah (al-Quran), maka baginya kebaikan, dan kebaikan sepuluh (kali ganda) sepertinya. Aku tidak katakan "Alif Lam Mim" itu sebagai satu huruf, akan tetapi "Alif" adalah satu huruf, "Lam" adalah satu huruf dan "Mim" adalah satu huruf." (Hadis riwayat Imam al-Tirmizi).

Ramai yang mengeluh kerana tidak mahir membaca al Quran. “Bagaimana nak dapat pahala???” bentak mereka di dalam hati. Barangkali hadith berikut menenangkan mereka: “Orang yang membaca al Quran sedangkan dia mahir/fashih sesuai hukum tajwidnya, maka dia akan ditempatkan bersama para malaikat yang mulia; sedangkan orang yang mambaca al Quran, sedangkan dia tergagap-gagap atau tersangkut-sangkut (kerana tidak mahir) membacanya maka dia mendapat dua pahala”.(Riwayat al Bukhari dan Muslim). Bagi orang yang tidak mahir dikurniakan 2 pahala iaitu satu pahala atas bacaannya dan satu lagi atas kesabaran dan kesungguhannya untuk membaca al Quran biarpun tidak mahir.

2. Al Quran sebagai talian hayat di Akhirat
Al Quran memberikan talian hayat kepada “sahabat-sahabatnya” di Akhirat kelak. Rasulullah s.a.w pernah bersabda: "Bacalah al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada sahabatnya (pembacanya)." (Hadis riwayat Imam Muslim).

Dalam hadith yang lain Rasul bersabda: “Puasa dan Al-Qur`an itu akan memberikan syafa’at kepada hamba di hari kiamat. Puasa akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari makan dan syahwat, maka perkenankanlah aku memberikan syafa’at untuknya.’ Sedangkan Al-Qur`an akan berkata, ‘Ya Rabbi, aku telah menghalanginya dari tidur di malam hari, maka perkenankanlah aku memberikan syafa’at untuknya.’ Maka Allah Swt. memperkenankan keduanya memberikan syafa’at.” (HR Imam Ahmad dan Ath-Thabrani).

3. Dengar pun ada habuannya
“Dan apabila dibacakan Al Qur'an, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat” (Surah Al-A’raf: 204). Kalaupun tidak sempat membaca, didiklah diri kita sifat suka mendengar bacaan al Quran samada menerusi TV, Radio ataupun membeli CD dan Kaset bacaan al quran yang dijual merata-rata. Pelaburan ini pasti berbaloi!

*********************************************************************************
TAZKIRAH BIL. 41
FINAL ROUND !!!

Kita sudah pun masuk ke 10 akhir Ramadhan. Peringkat ini sangat kritikal. Jika kita umpamakan Ramadhan seperti perlawanan bola sepak, babak-babak akhir ini bukan lagi ruang untuk cuba-cuba mengintai pihak lawan, berkhayal mencari strategi dalam bayangan atau sekadar berlari turun naik padang tanpa arah tujuan. Semua orang sudah mesti tahu apa peranan masing-masing dan sudah tiba masanya untuk bertahan atau menyerang.

Apakah jaringan kita setakat ini?
Andai masih 0-0, perlu dikaji apa yang tidak kena. Maksiat kita tinggalkan, tapi kebaikan tidak kita lakukan. Tambah-tambah lagi jika maksiat ditinggalkan hanya semata-mata “rakan syaitan jin dan manusia” tertambat dan bukannya kerana dorongan mahu mendampingi Tuhan. Jangan lupa, buat sesuatu kerana selain Allah itu riya’, meninggalkan sesuatu kerana selain Allah juga adalah riya’.

Andaikata kita sudah mendahului dengan jaringan 1-0, syukurlah kepada Allah. Namun kita belum selamat. Pasukan Nafsu masih terlalu hampir untuk membuat jaringan persamaan, mereka tidak henti-henti menyerang sedangkan pertahanan kita semakin keletihan. Tambahlah bilangan bola yang berjaya dibawa melepasi pertahanan Pasukan Nafsu yang degil itu. Biar jarak kemenangan kita itu berada di zon selamat, bukan sentiasa di atas urat.

Tambah-tambah dekat nak Raya, penyokong pasukan nafsu semakin bersesak-sesak masuk ke gelanggang. Pekiknya makin menggerunkan. Jangan pula kalian lemah semangat kerananya. Kita pasukan Tuan rumah, harus menang sekurang-kurangnya di gelanggang sendiri.

Ayuh kita bermuhasabah di babak akhir Ramadhan ini…
1. Apakah kita benar-benar ghairah dalam menggandakan amal di penghujung Ramadhan khususnya dengan motivasi merebut LAYLATUL QADAR yang persis beribadat seribu bulan atau lebih lapan puluh tiga tahun?
2. Apakah dalam Ramadhan ini, AIR MATA kita pernah mengalir atas sesalan dosa lalu yang pernah kita lakukan?
3. Berapakah fakir miskin yang tersenyum kerana TANGAN KITA YANG MENGHULUR untuk memberikan mereka sedikit kelegaan?
4. Apakah kita sudah terasa serasi dengan AL QURAN dan MASJID sesudah melalui tarbiyyah selama hampir sebulan Ramadhan?
5. Terdetikkah dalam diri kita untuk BERHIJRAH meninggalkan sisi gelap dalam kehidupan dan merebut kemuliaan dalam baki hidup yang entah bila penghujungnya?

Para sahabat Rasulullah, teresak-esak dalam ibadah mereka di hujung Ramadhan kerana terlalu sayu meninggalkan bulan yang penuh keistimewaan ini….merenung Ramadhan tahun hadapan yang belum pasti….Bagaimana dengan kita?

Renungilah:
“Jibril datang kepadaku dan berkata, ‘Wahai Muhammad, siapa yang menjumpai bulan Ramadhan, namun setelah bulan itu habis dan ia tidak mendapat ampunan, maka jika mati ia masuk Neraka. Semoga Allah menjauhkannya. Katakan: Amin!. Aku pun mengatakan: Amin! ” (HR. Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban dalam Shahihnya)

*********************************************************************************

10 Amalan Yang Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward' kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: 'Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat.' (Riwayat Bukhari)

Monday, August 25, 2008

Benarkah wanita sensitif,lelaki ego?



Lelaki antara golongan yg paling peka terhadap perubahan sikap seorg wanita mahupun kekurungan yg ada pd diri wanita terbabit,lebih-2 lg insan paling dicintainya.Sikapnya yg terlalu cerewet,sentiasa inginkan kebenaran drpd penafian,keputusan sentiasa berpihak kepadanya dan tidak pernah berasa mengalah malah lebih bersikap egoisme,antara karakter utama wanita yg seringkali membuatkan lelaki berasa putus asa utk memahami kemahuan mereka.Namun,di sebalik ketidakpuasan hati itu,kamu seharusnya mengkaji dulu akan kebenaran yg ingin mereka sampaikan dlm meniti pasca percintaan.Intim berkongsi mitos wanita pada mata lelaki dan kenyataan di sebalik kesulitan yg dihadapi.

*Wanita cerewat dlm pelbagai perkara.Contohnya idea,
pendapat,cara kerja,makanan,tempat tinggal mahupun
pemilihan pasangan yg ideal.
Kenyataannya :
Menurut penelitian,setiap wanita mempunyai kemampuan
dlm penggunaan bahasa yg baik jika dibandingkan dgn
kaum lelaki.Ini dapat dibuktikan apabila dia mula bicara.
Pengunaan kedua-dua sisi otak secara serentak dgn
memikirkan pro dan kontra sesuatu perkara,membuatkan
wanita mampu menangani masalah yg dihadapi.Berbanding
lelaki,mereka acap kali mencari jalan yg singkat dlm
menentukan dan menyelesaikan sesuatu masalah atau
perkara yg berlaku dlm satu masa yg sama.


*Kaum lelaki begitu sukar utk memahami keinginan wanitanya,
memandangkan pasangannya itu tidak pernah berasa puas dgn
segala pengorbanan yg mereka curahkan selama ini.
Kenyataannya :
Sesungguhnya kamu sebagai kaunm hawa perlu berpuas hati dan
berasa bangga dgn apa jua penghargaan yg telah pasangan berikan.
Tetapi,sebagai wanita,dia merasakan bahawa pasangannya dapat
melakukan yg terbaik lg.Sekecil mana pun usaha yg si jejaka
lakukan demi menyenangkan hidup kamu,beri penghargaan terhadapnya.


*Perempuan terlalu sensitif sehingga tidak dpt menahan sikap
rasionalnya.
Kenyataannya :
Sedar ataupun tidak,perempuan lebih banyak berkomunikasi dgn
perasaan berbanding kaun lelaki.Kajian yang dilakukan oleh
seorg neurologi dari University of Pennsylvania,Professor Ruben
Gur mendapati,70 peratus tenaga yg digunakan dlm otak lelaki
akan berhenti ketika dlm keadaan istirehat.Sedangkan otak wanita,
90 peratus tenaganya akan tetap bekerja.Ia membuatkan wanita
cepat sensitif dan dapat berfikir rasional dlm suatu waktu yg sama.


*Perempuan sentiasa mengawal pergerakan,kehendak dan cita rasa
kaum lelaki,sehingga berjaya menguasai kemampuan mereka.
Kenyataannya :
Perempuan bukannya dilahikan utk mengawal setiap pergerakan kaum
Adam.Mereka hanya ingin memastikan sahaja bahawa si dia,insan paling
dicintai berada dlm keadaan yg baik dan terjaga.Malah,mereka
juga ingin menjadi insan pertama yg hadir di saat pasangannya
menghadapi masalah,kesepian dan kedukaan.


*Benarkah wanita tidak perlukan kasih-sayang seorg lelaki ?
Kenyataannya :
Utk menjadi seorg superwoman bukannya bererti wanita tidak
memerlukan dirinya dihargai oleh seorg jejaka.Kepada wanita,
katakan sahaja kpda pasangan,bahawa kamu tetap memerlukan kasih
sayang,perlindungan,belaian dan kenikmatan cinta drpdnya.


*Perempuan memiliki radar kepekaan atau six sense.
Kenyataannya :
Perempuan dilengkapi dgn kecekapan panca indera yg jauh
lebih baik drpd kaum lelaki.Menurut penulis Sillyman From
Mars,Pitywoman from Venus ,Allan and Barbara Pease,sebagai
insan yg melahirkan dan menjaga rumah,mereka perlukan
kemampuan dan kebijaksanaan dlm merasakan sesuatu perkara
yg melibat dua hati dan perubahan sikap org lain.Kaum
lelaki pula,diingatkan jgn terlalu terburu-buru buruk
sangka akan kebolehan yg mereka peroleh,malah perlu
selidik dahulu sebelum melakukan dan melafazkan sesuatu perkara.

Tuesday, August 19, 2008

Twin Moons On 27th August



27th Aug the Whole World is waiting for.............

Planet Mars will be the brightest in the night sky starting August. It will look as large as the full moon to the naked eye. This will cultivate on 27th Aug when Mars comes within 34.65M miles off earth. Be sure to watch the sky on 27th Aug 12:30 am. It will look like the earth has 2 moons.

The next time Mars may come this close is in 2287.

Share this with your friends as NO ONE ALIVE TODAY will ever see it again

Tuesday, August 12, 2008

10 "Penyakit" Cinta Kamu Mesti Hindari !

Cinta itu syok,tapi cinta boleh jadi satu malapetaka,
Kalau kamu berulit dgn penyakit-2 cinta.pernahkah
Kamu berdepan dgn penyakit cinta ?
Apabila terima cinta org yg tak berapa kamu nk cinta, penghujungnya kamu sendiri sudah ketahui………
1 Cinta Emosi
2 Cinta Gusti
3 Cinta Miskin
4 Cinta Satu Malam
5 Cinta Tak Cinta
6 Cinta Larangan
7 Cinta Kasihan
8 Cinta Satu Pihak
9 Cinta Berat Sebelah
10 Cinta Dua Alam

Friday, July 11, 2008

Bukit Merah Laketown Resort

WATERPARK




ECO PARK
SQUIRREL MONKEY
OTTERS
Mike
Dingo N Atan Adam