Friday, January 30, 2009

19 Tips Diet

Diet masih menjadi perkataan “mujarab” utk membuat berat badan kita stabil. You all yg agak tembam tu,jgn lupa utk mengikuti tips diet ini……………


1 - You all patut makan sebelum menghadiri majlis.Sebelum pergi tu makanlah telur rebus,apel dan minumlah teh atau diet soda.Ini akan membantu mengurangkan nafsu makan you all di majlis tersebut.
2 - Jangan "membuat" diri you all gemuk dgn selalu "memenuhi" permintaan perut.Dgn mudah serta tanpa ragu,you all boleh makan 600 kalori biskut kering dan bijirin tanpa disedari.
3 - Bawalah bekal makan tengah hari ke sekolah atau keja.Kalau boleh,jgn beli makanan di kantin ini akan membantu mencegah you all makan tengah hari berlebihan.
4 - Makan lebih byk sup.Sup tanpa krim biasanya rendah kalori dan cepat kenyang.
5 - Usahakan utk memilih menu yg rendah kalorinya dahulu sebelum menikmati menu lain.Mulakan dgn salad,sayuran dan sup kemudian daging di urutan terakhir.Ketika giliran daging sampai perut,sudah cukup penuh utk menu tinggi kalori.
6 - Jgn gunakan piring dinner.Gunakan piring salad setiap kali you all makan tengah hari atau makan malam.
7 - Yakinkan bahawa setengah sukatan makan tengah hari dan makan malam you all adalah sayur dan buah-buahan.
8 - Mulakan hari dgn menu dan sukatan sarapan yg cukup.Ini akan membantu mengurangi pengambilan kalori di sepanjang hari.
9 - Jadikan makan sebagai aktiviti yg memiliki tujuan,iaitu hidup sihat.Nikmati saat makanan masuk ke mulut,masuk ke sistem penghadaman.Yakinkan juga bahawa makanan itu akan memberikan zat untuk tubuh you all.
10 - Tambahkan satu sukatan buah-buahan atau sayuran pada menu you all.Jika sudah terbiasa,tambahkan lagi satu sukatan hingga 8 sukatan sehari.
11 - Berolahragalah.Jadikanlah ia sebagai satu kegiatan yg tidak boleh dikompromikan lagi.
12 - Beraerobik dgn muzik kesukaan boleh menjadi aktiviti yg menyenangkan.Ajak keluarga utk ikut bergerak.
13 - Cubalah 2 minggu tanpa gula.
14 - Bersarapan,juga makan tengah hari dan makan malam.Sebahagian besar mereka yg berjuang utk menghindari makan di tengah malam adalah mereka yang makan secara tidak teratur atau makan tidak seimbang!
15 – Ubahlah jadual aktiviti malam hari you all yg suka mengunyah junk food di tengah malam . Percayalah,tabiat ini boleh jadi you all kikis dan lama kelamaan ia akan membuatkan tangan dan fikiran you all lupa pada junk food!
16 – Selain itu,jika you all terbiasa mengunyah makanan ringan ketika stres,kini saatnya utk berubah.You all juga harus focus mencari cara lain yg lebih sihat.Cari jalan penyelesaian utk mengatasi stres yg tanpa melibatkan makanan.
17 – Gosok gigi segera setelah makan malam utk mengingatkan diri you all .
18 – Makanlah pd saatnya dan jgn melakukan hal-hal lain pd waktu makan,seperti membaca,menonton TV atau pun melayari internet.
19 – Berjalanlah 3 kali di sekeliling kompleks membeli belah sebelum you all shopping….hahaa

Friday, January 23, 2009

Uniknya kejadian buah kurma

Sekadar memanjangkan.. bende ni kita mungkin tak tau..tak penah amik
tau...tak ingin tau atau nak tau tp takder saper nak bagitau..
Meh kita ambil sedikit masa utk riadah mata...

Subject: Uniknya kejadian buah kurma (diceritakan oleh krew RTM)
Ketahui lah....
Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamar
sebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi
setiap rumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling
rendah atau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang
berharga RM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan
harganya menjadi lebih mahal.
Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yang khasiat dan
kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalu mendengar kisah2
Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamar punya sejarah
yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya. Syukur dengan
berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakan umrah semasa
pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkan ceritanya pada
saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artis memperolehi satu lagi cerita
istimewa asal-usul kejadian pokok tamar dari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long(Kisah Pak Long Isa pernah tersiar dalam Anis julai lalu).
Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari
lebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar
betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya
Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah s.w.t untuk menggoncangkan
pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu
gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.
Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat
berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk
mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar,
tanpa tumbuhan herba yang lain.
Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga,
Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar
betina. Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga
harus dilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses
pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina,
tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit.
Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada
bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan
tamar betina .
Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus. Pada bulan ini
ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiri dari mereka
yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dan dijalankan
proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk, disapu dua tiga ranting bunga
jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang dari tandannya. Ternyata
untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mesti
'disenyawakan' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atau
diterbangkan oleh angin.
Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh
tangan manusia. Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55C.
Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalah
musim menuai. Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada
beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan
pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh
digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok
tamar betina . Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit.
Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk
kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada.
"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan
sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung
yang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau.. Allah s.w.t
pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia.
Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke
atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak
mampu, tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.
Pokok Tamar ayah saudara kita.... Mula-mula kami juga bingung kenapa
keunikan ini berlaku pada buah yang istimewa ini, lalu Mak Long Normah
Morad, isteri Hj Isa Darus beri kami sentuh debu jantan, "Gosok pada
tangan dan cium," katanya. "Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam.
" Ya, memang bau air mani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok
tamar kalau mahukan buahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia,
sebab pokok ini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s. "
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan (ayah saudara) kita. Sebab itu kita
tak boleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain
sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi
dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita.
Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini
tidak berbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping
mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering.
Penjual tak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengan
senyum lebar.

Wednesday, January 14, 2009

:-(

Apakah yg harus ku lakukan ?
Sukarnya daku menghadapinya
Pedihnya dlm hatiku
Membuat hati tertanya
Apakah silap dan salahku
Apa yg harus ku lakukan ?
Di manakah akan terus
Ku layar lara hatiku ini
Masih menahan rasa